Harapan...

Sabtu, Ogos 11, 2012

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN BERI BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN KELUARGA MISKIN PASIR GAJAH

Surat makluman program 
 Hj Fakhrul Anuar menyampaikan ucapan
 Hadirin yang hadir
 Pengerusi JK Masjid,En Mustafa sedang berucap
 Kalangan wanita yang hadir
 Bungkusan sumbangan
 Penerima yang hadir
 Penerima kalangan anak yatim
 Anak yatim terima sumbangan dari YDP Ikram

 Warga miskin.....Awang Mat terima sumbangan
 Pn Lina mewakili neneknnya menerima sumbangan
Bergambar kenangan selesai majlis

Pada 10 Ogos 2012,Jumaat,JK Masjid bersama IKRAM Kemaman dan Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman telah mengadakan Program Semarak Ramadhan di Masjid Pasir Gajah.Program yang berteraskan menghulurkan sumbangan kepada yang memerlukan ini telah dipersetujui oleh Pejabat Agama Daearah Kemaman dan JK Masjid pasir Gajah diberi kepercayaan menguruskan program ini.

Melalui perbincangan dengan Pengarah Projek iaitu Tn Hj Fakhrul Anuar bin Zulkawi,JK Masjid telah diminta mengadakan program ini pada 10 Ogos 2012.Seramai 18 orang anak yatim dan 63 orang dari keluarga miskin telah hadir untuk menerima sumbangan dari IKRAM.Program ini selain menghayati Ramadhan turut diselitakan ialah penghayatan terhadap KEMERDEKAAN negara.

Selain itu,program ini juga turut disertakan dengan tazkirah yang disampaikan sendiri oleh YDP IKRAM Kemaman iaitu Tn Hj Mazlan bin Ahmad.Turit hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JK Masjid En Mustafa Muda manakala majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi JK Masjid En Mat Zaik bin Hj Mohd Yusof.

Selain dari menerima sumbangan,tematamu juga dihidangkan majlis berbuka puasa bersama penduduk yang dainggarkan seramai hampir 200 orang telah hadir.Majlis yang bermula jam 545 petang berakhir jam 755 malan dengan acara terakhir alah solat jemaah Maghrib.

Tiada ulasan: