Berita gembira.....kami diberi peluang wakil Kemaman
SMS yang diterima
Boleh baca ke dok niii
Pada 11 Ogos 2012,JKKK Pasir Gajah telah dmaklumkan melalui SMS tentang kemenangan kampung ini menjadi wakil bagi daerah Kemaman dalam pertandingan Kampung Merdeka 2012.JKKK Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh penduduk kampung,AJK pelbagai NGO dan panel hakim sendiri atas kepercayaan memilih Pasir Gajah sebagai JOHAN peringkat Daerah Kemaman.
Semua AJK mengucapkan rasa syukur kehadrat ALLAH atas pemilihan ini dan insyaAllah akan bekerja kuat untuk memastikan ada temat di peringkat negeri Terengganu yang mana akan dinilai pula pada 15 Ogos 2012,RABU jam 11 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan