Harapan...

Rabu, Ogos 22, 2012

SOLAT AIDIL FITRI 2012 : MASJID PASIR GAJAH JADI TUMPUAN PENDUDUK

 Ketua Kampung bersolat sunat
 Saudara Mustafa Hamzah...anak ayah De Hamzah bertakbir
 Imam memberi panduan untuk solat aidil fitri
 Jemaah yang hadir...ramai..hampir 400 orang
 Memulakan solat
 meluruskan saf
 Imam Hj Zawawi membaca khutbah
 Jemaah di saf hadapan
Bersalaman.....ketua kampung dan Pengerusi Masjid

Pada 19 Ogos 2012 Ahad bersamaa 1 Syawal,Masjid Pasir Gajah telah menjadi tumpuan penduduk menunaikan solat sunat Hari raya Aidil Fitri.Dianggarkan seramai hampir 400 orang jemaah telah hadir menunaikan solat sunat tersebut.

Solat sunat dimulai demgan takbir raya yang telah ditakbirkan oleh bilal Ahmad bin Jaafar,bilal Hj Mohamad bin Ibrahim dan Saudara Mustafa bin Hamzah.Selepas takbir,imam 3 iaitu Hj Zawawi bin Tahir yang menjadi imam solat hari raya telah menyampaikan panduan cara mengerjakan solat sunat hari raya.

Kemudian,selesai solat sunat hari raya,bilal Ahmad bin Jaafar telah menjadi bilal hari ini dan imam Hj Zawawi bin Tahir membaca dua khutbah hari raya.Selesai khutbah,jemaah bertahlil dan kemudian bersalam-salaman serta bermaaf-maafan.Solat sunat hari raya yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 945 pagi.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,En  Mustafa bin Muda,Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah.Selain dari Masjid Pasir Gajah,Masjid Jambi turut juga diadakan solat Jemaah Hari raya tahun ini.

Tiada ulasan: