Panel disambut oleh Ketua Kampung
Menunggu majlis dimulakan
Berdiri...menyanyi lagu Negaraku
Pn Aneta Ahmad...dari Pej Penerangan Kemaman
Hj Mohd Yusof,bekas HG menerima sumbangan
Pembentangan oleh SU JKKK
ADO {Kanan} turut hadir dengar taklimat
Panel hakim
En Mohd Tarmizi {ADO} menyampaikan cenderahati
Tn Hj Sabri menandatangi banner kemerdekaan
Melawat Galeri Merdeka
Pada 15 Ogos 2012,Rabu bermula jam 1100 pagi,kehadiran Panel hakim Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera Kemerdekaan 2012 peringkat Negeri Terengganu telah disambut dengan paluan kompang dan iringan di Dataran JKKK Pasir Gajah.Kehadiran 6 orang Panel hakim ini adalah untuk menilai persediaan kampung Pasir Gajah dalam Pertandingan Desa Sejahtera {Kampung Merdeka }2012.
Majlis sambutan telah diadakan dengan iringan nyanyian lagu Negaraku dan kampungku Pasir Gajah.Kemudian disusuli ucapan Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Ketua panel hakim iaitu Pn Siti Faezah bt Salleh dari Kemas Terengganu.Panel hakim yang hadir terdiri dari En Fadli dari Mara,Pn Tan dari Perancang Bandar,Tn Hj Sabri dari JPNT,En Mohd Hussin dari Kesihatan Terengganu.
Dalam majlis sambutan ini,diadakan Majlis Meraikan bekas anggota Home Guard Pasir Gajah seramai 15 orang dan menyampaikan sumbangan bendera kepada SK Pasir Gajah,Balai polis Pasir Gajah dan Klinik Desa Pasir Gajah serta penyampaian sijil RELA kepada wakil RELA Pasir Gajah.
Kemudian,sesi pembentangan dan sesi soaljawab dimulakan pada jam 1130 dan berakhir jam 1215 tgh.Turut hadir dalam majlis ini ialah En Mohd Tarmizi Abd Rahman ,Pen Pegawai Daerah Kemaman dan Pn Salbiah Mohamad,Wakil Kemas Kemaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan