Harapan...

Rabu, Ogos 01, 2012

YB TN HAJI WAN ABDUL HAKIM BERSOLAT TARAWIKH BERSAMA PENDUDUK DI MASJID PASIR GAJAH

 YB Tn Hj Wan Abdul Hakim menunaikan solat sunat 
 Menunaikan solat isyak
 Bersedia untuk solat tarawikh
 bersama Pengerusi JKKK
 Sama-sama menadah doa
Bersalaman

Pada 31 Julai 2012,Selasa malam,YB ADUN Ayer Puteh Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar telah hadir bersolat isyak dan tarawikh bersama jemaah dan penduduk Pasir Gajah. Kehadiran YB disambut oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah ,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Inilah merupakan rutin YB apabila bulan Ramadhan iaitu mengimarahkan masjid di DUN beliau dengan membuat kunjungan bersolat bersama RAKYAT di kampung.Hari ini merupakan giliran Masjid Pasir Gajah menerima kunjungan YB.

Selain dari bersolat,YB sempat beramah mesra dengan jemaah masjid Pasir Gajah dan menikmati juadah morey yang disediakan.JK Masjid Pasir Gajah mengucapkan terima kasih atas kunjungan YB menunaikan solat bersama penduduk Pasir Gajah. 

Tiada ulasan: