Harapan...

Sabtu, November 16, 2013

38 PELAJAR TERPILIH UNTUK SERTAI KEM UNTUK ANAK DESA LESTARI 2013 DI BANGI SELANGOR

kalangan pelajar perempuan terpilih
 Pelajar lelaki
 AJK yang hadir beri penerangan
 Kehadiran 38 pelajar yang menyertai kem
 SU JKKK membaca maklumat yang diperlukan
 Bersama ahli keluarga menanti bas
 Kalangan kaum bapa yang hadir
 Menanti di wakaf Salim
Ketua Rombongan Saudara Afza

Pada 14 Nov 2013,Jumaat malam,seramai 38 orang pelajar yang terdiri dari 16 lelaki dan selebihnya perempuan telah hadir ke Dewan pasir Gajah untuk satu sesi taklimat bagi menyertai rombongan ke Bangi Selangor untuk menjadi peserta Kem Kecemerlangan Pendidikan bagi anak-anak Kampung Lestari adab ke 21.

Taklimat yang diuruskan oleh JKKK Pasir Gajah ini bertujuan menyampaikan maklumat kepada peserta tentang persediaan dan keperluan yang perlu di bawa semasa Kem tersebut.Turut serta dalam taklimat ini ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh,En Mustafa Muda Timbalan Pengerusi  JKKK dan semua AJk JKKK.Taklimat ringkas disampaikan oleh SU JKKK Pasir Gajah En Mat Zaik bin Mohd Yusof.Taklimat yang bermula jam 930 malam berakhir jam 1030 malam.

Pada hari Sabtu,murid dijamukan dengan Sarapan Pagi di Restoren Mazila sebelum menaiki bas pada pukul 800 pagi.Turut serta dalam rombongan ini ialah 2 orang AJk JKKK iaitu Saudara Afzalizan bin Awang Hamat dan Pn Nora bt Jusoh.

Tiada ulasan: