SU Koperasi,En Muzairi Abd Rahim membentangkan slide profil
En Zul {Kiri} bersama Peg.SKM dan Pengurus Kesejahteraan Rakyat KETENGAH
Pn Nabila {kiri} bersama En Wan Salwadi
Peserta kursus Kelulut {berbaju oren}
Lagi peserta kursus
Pengerusi KOWPAG {Kiri} bersama SU JKKK
Pengerusi KOWPAG memberi taklimat tentang lokasi
En Wan Salwadi turut memperjelaskan sesuatu tentang lokasi
Pn Nabilah bersama memantau lokasi
Sebahagian yang hadir di lokasi
Jamuan tengahari
Jamuan selesai
Pada 18 Nov 2013,Isnin jam 1000 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JKKK Pasir Gajah telah berlangsung pertemuan diantara Pegawai KKLW dan KETENGAH bersama ALK Koperasi Pasir Gajah dan JKKK Pasir Gajah bagi memaklumkan dan membincangkan Projek Madu Kelulut di bawah Program Desa Lestari Abad ke 21.
Dalam pertemuan ini,KKLW telah diwakili oleh Pn Nabilah bersama En Zulkifli manakala KETENGAH pula diwakili oleh Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat Tn Hj Sidek bersama En Wan Salwadi.Manakala Koperasi pula diketuai oleh En Mohd Saidi bersama ALK serta Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bersama SU JKKK En Mat Zaik serta Pegawai dari SKM Kemaman bersama hampir 20 orang peserta kursus Madu Kelulut.
Dalam pertemuan ini,turut diumumkan ialah kelulusan sebanyak 100 sarang kelulut untuk dibiak serta persediaan lain seperti pembinaan pagar,bangunan dan peralatan untuk pemprosesan madu kelulut.
Selain itu,pihak koperasi juga turut membawa pegawai KKLW memantau tempat yang dicadangkan penternakan madu kululut dijalankan iaitu di kawasan Tanah Belia Cengal Rendang seluas 20 ekar.
Selesai lawatan,jamuan ringkas diadakan di Kedai Mazila Pasir Gajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan