Harapan...

Jumaat, November 08, 2013

CERAMAH AGAMA OLEH USTAZ ABDUL SOMAD SEMPENA MAAL HIJRAH DI MASJID PASIR GAJAH












Pada 6 Nov 2013,Rabu malam Khamis,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan Program Ceramah Agama yang disanpaikan oleh Ybhg Ustaz Abdul Somad dari Pejabat Agama Daerah Kemaman.Program dimulakan dengan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat maghrib pada pukul 645 petang dan diikuti solat jemaah maghrib.

Selesai solat,program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh yang memperkenalkan penceramah pafda malam ini.Ustaz Abdul Somad memulakan ceramah berkaitan dengan peristiwa Hijrah dan memupuk semangat bersatupadu kita sesama Islam agar Islam terus dipandang mulia.

Majlis berhenti pada pukul 900 malam denga solat Isyak dan jamuan makan malam yang dihadiri oleh hamping 100 orang penduduk kampung.Jamuan makan malam untuk majlis ini telah disumbangkan oleh Tn Hj Yusof  bilal Pasir Gajah dan AAJK Masjid En Badrulhisyam Jusoh.Majlis berakhir jam 930 malam.

Tiada ulasan: