Harapan...

Sabtu, November 09, 2013

PROGRAM I-MAN INSAN MAHABBAH ANAK CEMERLANG KETENGAH BERSAMA SK PASIR GAJAH DAN JK MASJID BERJAYA DIADAKAN













Pada 8 Nov 2013,Jumaat malam Sabtu,KETENGAH telah mengadakan program untuk anak-anak sekolah brsama ibubapa sempena akhir persekolahan bersama pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah dan JK Masjid Pasir Gajah bertempat di Masjid Pasir Gajah.

Program yang dikenali sebagai i-Man atau Insan Mahabbah Anak Cemerlang adalah program KETENGAH untuk kampung yang berjaya.Pada 4 Nov 2013,Isnin telah diadakan mesyuarat terakhir mengemaskinikan program yang turut dihadiri oleh Pegawai KETENAH EN Wan Salwadi bersama guru besar,JKKK,JK Masjid dan wakil sekolah berdekatan.

Pada 8 Nov 2013,JK Program telah mengadakan sedikit gotong royong memasang kanopi di halaman masjid  untuk program tersebut yang dihadiri oleh hampir 20 orang kampung dan jemaah masjid,Guru Besar SKPG En Tajuddin bin Mohamad dan PK Ko En Husaini serta Pengerusi Masjid En Mustafa bin Muda.

Program I Man pula berlangsung ada petang seawal jam 600 petang yang dihadiri oleh hampir 300 orang semuanya yang mana ceramah Insan Mulia ini telah disampaikan oleh Ybhg Kapten {b} Ustaz Sye Mohd Akhiruddin dari Temerloh Pahang.Majlis berakhir jam 900 malam dengan jamuan ringan dan majlis penyampaian cenderahati.

Tiada ulasan: