Harapan...

Sabtu, November 16, 2013

PASIR GAJAH SERTAI PERTANDINGAN MEMASAK SYURA DI KERTEH 2013 PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

 Gerai Pasir Gajah 125
 Pengacau Syura semuanya iniiiii
 Rozi,Kak None dan Kak Tie...bersemangat lagiiiii
 Panas pun tak kisahhhhh
Kacau syura.....

 Rehat sekejap......Yono kita
 Nuar...tulis nama pada cabutan bertuah
 Dah nak masak niiiii
 Abang Harun.......tukang ambil gambar
 Abang Mus....mari juga.......
 YAB MB bersama pengerusi JKKK...tuang syura
 Dua tapeware...cukup Dato...
 Toh Puan Seri turut melawat gerai Pasir Gajah
 RTM ambil gambar  Zie tuuuuu...buat serius jeeee
 Basuh kawah...Rozi dengan pak Yono
 Ni...semangat lagi kacau niiii
 Dah habis doh...licin....
 Semua nakpak gembira.......nak balik niiiiii
Berangkat balik.....

Pada 16 Nov 2013,Sabtu...JKKK Pasir Gajah telah turut menghantar seramai 16 orang wakil untuk bersama lebih dari 185 peserta lain untuk pertandingan memasak Syura Terbesar Daerah Kemaman bertempat di Tapak Pasar Minggu Kerteh.

JKKK Pasir Gajah telah diberi Gerai no 125 dan kerja memasak bermula jam 800 pagi lagi.Antara yang pergi memasak syura tahun ini ialah Tn Hj Mohd Nor,Pok Pa,Cikgu Zaik,Pok Harun,Pok Yono,Pok Teh Jen,Mat Jen,Nuar Pok Roni,Rozi Pok Long Jusoh,Kak None,Dah Pok Hashim,Kat Tie  Saari,Zainun Pok Awang,Edah Jkk ,Nor Kedai ,Mida Bad dan Ziehan Pok Loh Saba.

Pasir Gajah tahun ini hanyalah menyertai pertandingan tanpa membuat apa-apa tema dalam pemilihan hidangan yang dibuat.Namun kerja sepakat yang ditunjukkan oleh AJK JKKK dan penduduk kampung itulah yang diinginkan.

Gerai Pasir Gajah turut dilawati oleh YAB Menteri Besar Dato Seri Ahmad bin Said dan Toh Puan Seri serta dif terhormat yang mana dalam lawatan ini YAB MB sempat menuangkan 2 tapeware syura.

Pasukan Pasir Gajah berangkat balik jam 100 tengahari.Penulis ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang beri kerjasama ini.Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa semua yang memastikan nama Pasir Gajah tercatat sebagai kampung yang menyertai pertandingan tahun ini walaupun hanya sekawah sahaja dikacau.

Tiada ulasan: