Harapan...

Selasa, November 26, 2013

PENGHAKIMAN KG GDW TERBAIK KETENGAH AKHIR DI PASIR GAJAH 2013.


Lagu Kampungku Pasir Gajah nyanyian Peserta Koir Anak Kampung
Panel hakim disambut oleh paluan kompang dan perarakan
Dif mengambil tempat
AJK dan jemputan bersama dalam majlis
Pengerusi GDW berucap

 Panel hakim di bilik gerakan

 Selesai majlis taklimat
 Jamuan tengahari di Restoren Mazila
 Tn Imam dan AJk GDW Pok Mat
Pn Nora,Pn Mida dan Tn Hj Mohd Nor

Pada 25 Nov 2013,Isnin bermula jam 1130 pagi,JK GDW bersama JKKK telah menyambut kehadiran 10 orang panel Hakim Penilai bagi pertandingan GDW KETENGAH terbaik 2013 .Panel hakim telah disambut dengan paluan kompang,arakan bunga manggar dan nyanyian Lagu Kampung semasa di Dewan Orang Ramai.Dalam majlis perasmian ini,GDW telah mengadakan majlis penyampaian hadiah UPSR terbaik 2012 dan 2013 serta hadiah Kebersihan dan Keceriaan kampung.

Selesai majlis perasmian,Panel Hakim telah di bawa ke bilik gerakan untuk mendengar taklimat tentang profil kampung ini yang disampaikan oleh Setiausaha GDW secara ringkas.Selesai taklimat,sesi soaljawan bermula dan berakhir dengan penyampaian cenderahati.Pihak Panel telah diketuai oleh En Wan Salwadi dan Pn Faraheeda dari KETENGAH manakala GDW oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama Timbalan Pengerusi GDW En Mustafa bin Muda.

Selesai majlis taklimat,panel hakim dibawa menjamu selesara di Kedai Makan Mazila dengan persiapan lauk kampung yang cukup istimewa iaitu gulai telur,ikan kerisi bakar,sayur air kulat,sambal,ulaman dan buah tembikai serta ayam goreng kering.Majlis selesai jam 300 petang. 

Tiada ulasan: