Harapan...

Sabtu, November 09, 2013

60 ORANG HADIR BACA DOA PENUTUP HIJRAH 1434 DAN PEMBUKA HIJRAH 1435 DI MASJID PASIR GAJAH

 Iman Abbas bersama Bilal Pak Mad
 Mengaminkan doa penutup
 Bacaan doa pembuka
 Mengaminkan doa bacaan awal tahun 1435
 Solat isyak
Masjid Pasir Gajah...petang 645 Hijrah 1434 terakhir

Pada 4 Nov 2013,Isnin bermula jam 645 petang,JK Masjid telah mengadakan program ringkas bacaan doa penutup Tahun Hijrah 1434 yang disempurnakan oleh Imam 2 Masjid Tn Hj Abbas bin Hj Mohd Taib.Bacaan doa dimulakan dengan sedikit tazkirah dan bacaan doa sebanyak 3 kali,kemudian diteruskan dengan solat mahgrib.

Selesai solat maghrib,majlis diteruskan pula dengan bacaan doa pembuka Hijrah 1435 sebanyak 3 kali dan bacaan yasssin serta tahlil ringkas.Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang imam dan bilal masjid serta AJK JK Masjid Pasir Gajah selain seramai hampir 60 orang jemaah hadir.

Selesai majlis ,diikuti pula dengan solat Isyak berjemaah dan sedikit jamuan ringan.Majlis selesai jam 850 malam.

Tiada ulasan: