Harapan...

Jumaat, Mac 02, 2012

AJK KOMUNITI 1 MALAYSIA DI MAJLIS PERPISAHAN PPD KEMAMAN

 En Zaik dan En Ibrahim mendengar ucapan dari PPD Kemaman
 AJK dari K1M Pasir Gajah
 PPD menerima cenderahati dari wakil Pengerusi K1M
 Gambar kenangan bersama PPD
Timbalan Pengerusi K1M Pasir Semut En Mustafa Muda

Pada 29 Feb 2012,Rabu Malam Khamis,3 orang AJK K1M Pasir Semut Pasir Gajah Kemaman telah menghadiri Majlis Jamuan meraikan Pertukaran Pegawai Penerangan Daerah {PPD} Kemaman iaitu Tn Hj Awang Ismail bin Awang Lombor yang akan bertugas di Kota Kinabalu bermula 1 Mac 2012.

Majlis Jamuan perpisahan ini dihadiri oleh 50 orang yang terdiri dari Pengerusi ,Timbalan Pengerusi dan Setiausaha K1M di Daerah Kemaman.Pasir Gajah diwakili oleh En Mustafa bin Muda,Cikgu Zaik dan En Ibrahim bin Abd Rahman.Selain itu yang hadir ialah kakitangan PPD dan pegawai JASA bagi setiap DUN di Daerah Kemaman.

Majlis yang bermula jam 900 malam dipenuhi dengan cara yang penuh nostalgia iaitu Ucapan dari wakil Pengerisi K1M,Ucapan PPD dan akhirnya penyerahan cenderahati kepada PPD.Kemudian hadirin dijemput menikmati hidangan yang cukup menarik dengan penuh santai.Majlis berakhir jam 1030 malam.

Tiada ulasan: