Harapan...

Khamis, Mac 22, 2012

KIBARAN BENDERA BN: PENGIKTIRAFAN PEMERINTAHAN UNTUK RAKYAT

 Berkibar di Dataran Astaka...BENDERA GERGASI BN di Pasir Gajah
 Dari kejauhan..bendera BN
Melambai lembut menggamit penyokong UMNO/BN
Kibaran yang perlu dimartabatkan berterusan oleh Penduduk Pasir Gajah

UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengambil inisiatif memartabatkan kedudukan Bendera BN dengan mengibarkan bendera Keramat yang menerajui pemerintahan BN/UMNO Terengganu.Pada 21 Mac 2012,bertempat di Dataran Astaka Pasir Gajah,bendera BN yang berukuran 20 kaki x 15 kaki berkibar penuh SOPAN melambai impian hati para penduduk Pasir Gajah yang telah memberi pengiktirafan kemenangan BN dalam memerintah Terengganu.

UMNO Pasir Gajah bersama JKKK Pasir Gajah sentiasa memastikan apa yang dihasratkan oleh sebilangan besar penduduk Pasir Gajah untuk melihat Kibaran bendera BN yang BESAR berkibar MEGAH di kampung yang penduduk pilih sebagai kampung penghuninya menyokong UMNO/BN.

Semoga penyokongan ini akan berterusan apabila menjelangnya PRU13 kerana UMNO dan JKKK amat yakin,penduduk amat tahu hanya BN/UMNO saja yang mampu ambil cakna penduduk Pasir Gajah di sepanjang masa.Doakanlah kita penduduk Pasir Gajah agar BN terus menerajui pemerintahan Terengganu.

Tiada ulasan: