Harapan...

Jumaat, Mac 30, 2012

BEBERAPA ORANG AJK JKKK GOTONG ROYONG TANAM BUNGA

Pada 30 Mac 2012,Jumaat jam 530 petang,sebagaimana keputusan mesyuarat JKKK untuk buat gotong royong tanam bunga dalam pasu,beberapa orang AJK JKKK Pasir Gajah telah turun padang melakukan kerja mengindahkan kawasan kampung dengan tanam bunga dalam pasu calvert yang telah dibeli.
 Kerja gotong royong di jalan ke Dewan Orang Ramai
 En Mustafa dan En Abbas menanam pokok pinang
 Tn Hj Mohd Nor dan En Abdullah Omar mengisi tanah dalam calvert
 Pak Su menolong En Abbas tanam pokok
En Mohd Zin ,Abdullah Omar dan En Badrulhisham di hadapan PEK.

Kerja gotong royong ini dilakukan di hadapan Pusat E Komuniti,di kawasan Chalet dan di jalan masuk ke Dewan orang Ramai.Antara AJK yang dapat turun padang ialah Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Timbalan En Mustafa Muda,Setiausaha En Mat Zaik Mohd Yusof,AJK JKKK En Abdullah Omar,En Badrulhisham Jusoh,En Abbas Taib dan dua orang kampung iaitu En Mohd Zin bin Taib serta Pak Su.

Antara pokok yang ditanam ialah pokok bunga kertas yang disumbangkan oleh En Abbas bin Taib,pokok pinang yang disumbangkan oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh.

Kerja yang bermula 530 petang itu berakhir jam 645 petang.Selesai kerja,AJK pergi minum air di Kedai Zaiton.

Tiada ulasan: