Harapan...

Jumaat, Mac 02, 2012

GOTONG ROYONG PERDANA KALI PERTAMA 2012

 Surat Jemputan
 Hampir bersih di kawasan Bengkel Hashim
 Terang dan akan diceriakan
Kawasan bawah ditebas...tinggal pokok yang besar sahaja.

Pada 2 Mac 2012,Jumaat jam 830 pagi,JKKK Pasir Gajah bersama KETENGAH telah mengadakan gotong Royong Perdana kali pertama bagi membersihkan beberapa lokasi di Kg Tengah pasir Gajah.
Gotong royong yang turut disertai oleh anggota RELA Pasir Gajah serta ASJK JKKK bersama penduduk kampung dijalankan dalam suasana yang cukup  ceria.

Kawasan yang menjadi tumpuan gotong royong kali ini ialah di belakang balairaya Pasir Gajah dan di belakang Kedai Hashim yang mana kawasan tersebut bakan dijadikan sebagai kawasan rekrasi kecil berteraskan hutan pokok.

Dianggarkan seramai hampir seratus orang telah hadir dalam gotong royong ini yang diketuai oleh Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jiusoh dan Timbalan Pengerusi En Mustafa Muda.Gotong royong yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 1030 pagi.Penduduk yang hadir dijamukan dengan jamuan Nasi Lemak Pok Wel.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Molek benar gotong-royong kebersihan dan keceriaan sebegini dalam memajukan kampung-kampung di samping dapat pereratkan silaturahim sesama masyarakat sekampung.