Harapan...

Jumaat, Mac 02, 2012

USTAZ DARI KETENGAH HADIR MEMBACA KHUTBAH JUMAAT

 Ustaz Zubaidi menyampaikan khutbah
 Jemaah yang hadir
Khusyuk mendengar khutbah

Pada 2 Mac 2012 Jumaat,Masjid Pasir Gajah telah menerima kehadiran Ustaz dari Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah,KETENGAH iaitu Ustaz Zubaidi untuk membaca khutbah.Dalam khutbah yang disampaikan hari ini,Ustaz Zubaidi menyatakan bahawa masyarakat harus pandai menilai sesuatu berita yang disebarkan melalui Medai baru.

 Khutbah kedua.....
 Membaca doa selepas solat
Bersalam dengan jemaah

Khutbah Jumaat yang disampaikan hari ini turut didengari oleh hampir 300 orang jemaah yang menunaikan sembahyang Jumaat.Turut sama hadir ialah Pengerusi Masjid pasir Gajah En Mustafa bin Muda,Timbalan Pengerusi Masjid pasir Gajah En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Imam-imam masjid serta bilal masjid.

JK Masjid pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasioh kepada Ustaz Zubaidi dan juga KETENGAH atas usaha yang dijalankan bagi memakmurkan masjid dan mengilmukan masyarakat di Pasir Gajah.

Tiada ulasan: