Harapan...

Rabu, Mac 14, 2012

MESYUARAT UNIT PELADANG PASIR GAJAH 2012

Pada 6 Mac 2012,Selasa jam 230 petang Pertubuhan Peladang Unit Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat cawangannya yang mana ianya dirasmikan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Daerah Kemaman iaitu En Abdul Hamid di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Dalam majlis tersebut,beiau telah menyampaikan beberapa info tentang perjalanan unit peladang Daerah Kemaman yang berkaitan dengan pengeluaran,sahaman,pinjaman dan keahlian.Selain itu dalam majlis tersebut juga telah diadakan pemilihan jawatankuasa yang baru iaitu Ketua Unit Pasir Gajah ialah Tn Hj Othman bin Md Yusof,Timbalan Ketua ialah En Osman bin Hitam,AJK ialaha Hj Abd Rani bin Mat Yunus,Pn Norhayati Mohd Soud dan Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.

Selain itu perlantikan ketua unit peladang muda ialah anak kepada Mohd Zaki Hj Masnun dan Unit Peladang Wanita pula ialah Pn None Abdullah.

Keramaian ahli Unit Peladang pasir Gajah sekarang ini ialah seramai 87 orang yang aktif.Dalam pemilihan wakil unit Pasir Gajah ke Mesyuarat Agung Peladang Daerah pula,Ketua dan Timbalan Ketua dipilih sementara 2 lagi ialah CW Muda bin CW Su dan En Abd Rahman bin Ahmad.Seramai 31 orang telah hadir dalam mesyuarat kali ini.Manakala pemilihan ke Mesyuarat Peladang Negeri ialah En Osman bin Hitam dan Pn Noorhayati Mohd Soud.

Hj Othman mendaftarkan kehadiran 
 En.Abdul Hamid bersama Hj Othman
 Peserta yang hadir
 En Abd Hamid menyampaikan ucapan
Mendengar taklimat

Majlis kemudian dimaklumkan bawaha setiap peserta yang hadir berhak mendapat RM10 sebagai imbuhan kehadiran dan semua bersetuju memasukkan ke dalam saham.Sebelum berakhir,semua yang hadir menikmati jamuan ringkas dan bersurai jam 400 petang.

Tiada ulasan: