Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu latihan bolasepak vateran untuk mewakili guru veteran dalam sukan MSKPP Pejabat Pendidikan Kemaman iaitu pada hari Isnin 17 Okt 2011 jam 615 petang di Padang SMK Teknik Kemaman. Sewaktu membuat lompatan tinggi bola di hadapan gol, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan berdiri serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu saya memandu sendiri pulang dengan kereta proton saga lama yang ber"clutch" {rakan dah sudi hantar..tapi saya kata saya boleh memandu lagi} .Pukul 700 malam sampai di rumah dan hampir 3 jam tak dapat berjalan. Pukul sepuluh malam,rakan saya Mohd Salim membawa saya mengurut di Seberang Tayor,sakit usah dikira tapi saya kena mengurut juga kerana tak tahan rasa sengal.Kaki tak boleh berpijak di tanah,jika berpijak terasa sengal yang amat sangat.Mohd Salim menggendong saya di atas belakangnya untuk naik ke kereta.Selepas pulang dari mengurut,satu malam saya tak dapat tidur,berdenyut.Kemudian,jam 1100 pagi esoknya{selasa} isteri saya membawa saya ke Hospital Kemaman.Saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit .Pukul 100 tgh baru nama saya dipanggil,Doktor meminta saya pergi xray dan jumpa semula jam 230 ptg.Itu semua saya buat bertemankan isteri saya,Cikgu Haniza dan anak lelaki saya Mohd Harir yang berkebetulan bercuti selama semester sebulan dari belajar di UITM Lundu Melaka.Semasa berjumpa semula ,doktor memaklumkan tulang lutut saya di bahagian betis serkah atau sepih berbentuk V. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda seketika doktor membawa kes saya kepada doktor pakar iaitu Dr Colling di wad kecemasan.Setelah menunggu hampir setengah jam,Dr Colling yang berwatakan peramah,ceria dan mudah diajak berbincang menyarankan agar saya menjalani pembedahan dengan memasukkan dua biji skru untuk melekatkan tulang berbentuk v itu..Selepas menunggu keterangan dari Doktor Pakar Bedah iaitu Dr Che Wan iaitu ketua Dr Colling , dan setelah mendapat pandangan dari sahabat-sahabat saya dan kenalan seperti Pengurisi JKKK,Pengerusi Masjid,Tuan Guru Besar dan beberapa nama lagi,saya mengambil keputusan untuk membedah lutut saya.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya bersama isteri mengambil keputusan untuk membuat pembedahan lutut serta merta kerana jika lambat membuat keputusan,saya akan dibedah seminggu kemudian.Saya dimasukkan ke wad pada jam 600 petang dengan kaki saya di simen separuh.Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu terasa dan sering berulang denyutannya.
Saya bermalam seorang diri pada hari Selasa malam Rabu 18 Oktober 2011 di Hospital Besar Daerah Kemaman, saya meminta anak dan isteri saya datang pada hari pembedahan iaitu hari Rabu sahaja.Pada malamnya,saya tidak makan terlalu banyak dan tidak minum terlalu banyak,pukul 1200 malam saya diberi suntikan ubat tahan sakit dan terlena tidur hingga terjaga pada pukul 600 pagi.Keesokkannya,saya diminta berpuasa untuk menjalani pembedahan mengikut giliran iaitu yang ke lima.
Jam 1000 pagi ,isteri dan anak saya hadir memberi semangat kepada saya.Pesakit ketiga dan keempat telah dibawa ke dewan bedah dan saya tahu saya akan dipanggil bila-bila masa sahaja.Tepat jam 245 petang,nurse meminta saya menukarkan pakaian kepada pakaian bedah,iaitu berbaju putih,bertutup rambut warna biru dan tanpa memakai apa-apa seluar lagi.Hanya selimut putih membaluti tubuh bawah saya.Setelah selesai,saya di bawa ke dewan bedah pada pukul 300 petang dan saya hanya berdoa kepada Allah dan bertasbih serta mengucap semoga kekuatan ada pada diri saya.
Semasa di dewan bedah,semua yang berada di situ berpakaian biru,saya dilayan dengan baik.Setelah 10 minit,Pakar bius seorang Dr yang peramah memperkenalkan diri dan menerangkan apa yang akan dilakukan ke atas saya dan saya mendengar dengan teliti sewrta menjawab setiap pertanyaan Dr tanpa ragu-ragu lagi.Kalau tak silap saya 330 petang saya di bawa masuk ke bilik bedah.Dr yang menjalani pembedahan saya ialah Dr Colling sendiri dengan beberapa kakitangan pembantu.
Secara ringkas:Tarikh masuk wad: 18 Okt 2011Tarikh pembedahan: 19 Okt 2011 Kos pembedahan: percumaTempat pembedahan: HDK Dewan Bedah
Pengalaman dan prosedur:Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor kepada saya. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Saya juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.
Bius separuh badanBab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Kemudian dua jarum lagi dibius di kawasan yang hampir degna tempat mula-mula tadi.Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya nampak apabila DRB melakukan kerja memasukkan skru di tulang saya itu.
Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya.Jam 615 petang saya dimasukkan semula ke wad. Rakan-rakan dari JKKK Pasir Gajah dan isteri serta anak saya sudah menunggu di pintu bilik bedah.Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Saaya juga diminta tidak minum dan makan .Selepas 1 jam doktor mula membenarkan saya minum air mineral dan makan roti.Mujurlah saya tidak terasa hendak buang air kecil.Saya juga tidak terasa pening dan muntah. Saaya hanya berbaring selama 6 jam. Selepas 4 jam kesan bius mulai hilang,jam 1000 malam,masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan sakit kesan pembedahan. Nurse menyuntik ubat tahan sakit tetapi bertahan hingga jam 1200 malam,kemudian sakit terasa semula,saya tidak dapat tidur,anak saya Harir yang membantu saya ,memicit lengang dan mengibas surat khabar agar ada udara ke kepala saya serta membasahkan tuala agar saya tahan sakit.Jam 5o00 pagi, saya diberi satu dos lagi suntikan tahan sakit.Pada pagi rabu,saya terasa sakit lagi dan diberi ubat pil untuk menahan sakit.Pada hari Khamis,Pakar Bedah terus membuat pemerhatian dan meminta saya menjalani fisiotrafi cara menggunakan tongkat,Pada Jumaat jam 1230 tegahari,selepas segala dokumen selesai,saya dibenarkan pulang.
Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan.Cuti sakit
Oleh kerana saya seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar telah memberikan saya rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama 42 hari dan pemeriksaan serta xray semula pada minggu keenam . Selama tempoh masa tersebut, saya hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh pegawai dari unit terapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan