Harapan...

Sabtu, Oktober 08, 2011

JAMUAN RAYA...MERIAH WALAUPUN HUJAN

GB Sk Pasir Gajah,YB ADUN,Timb Pengerusi UMNO Pasir Gajah,Timb Pengerusi JKKK Setiausaha UMNO Bahagian hadir dalam majlis Jamuan Raya
En Remali berbual dengan Setiausaha UMNO Cawangan Pasir Gajah
Saudara Rosli menyampaikan sumbangan haji kepada Pn Wook
Tetamu yang hadir
AJK bergambar setelah selesai majlis

Pada 8 Ok t 2011,Sabtu bermula jam 2.00 petang ,JKKK bersama UMNo dan Komuniti 1Mlaysia Pasir Gajah telah mengadakan Jamuan Terbuka Hariraya Aidilfitri 2011 di Dewan Orang ramai Pasir Gajah.

Antara objektif program jamuan ini ialah mendekatkan perhubungan masyarakat kampung antara satu sama lain serta memberi peluang masyarakat kampung berbual mesra dengan pemimpin peringkat kampung dan peringkat atasan.Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim ADUN Ayer Puteh,Saudara Rosli Ahmad,Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman,Tn Hj Awang Ismail bin Awang Lombor,Pegawai Penerangan Daerah Kemaman,En.Remali Wakil KETENGAH,En Azmi Sidek,Pengerusi Polling Agent DUN Ayer Puteh,En.Tajuddin bin Othman Guru Besar SK Pasir Gajah,En.Roslan,APMT,Pn Zainabon Musa APMT,Ustaz Semadi Pegawai di Pejabat DUN,Sjn Shakri Ketua Polis Balai Pasir Gajah dan beberapa nama lagi yang tak disebut.

Penduduk kampung mula datang pada pukul 215 petang dan berakhir jam 430 petang yang mana dianggarkan seramai 350 orang telah hadir.Antara juadah yang dihidangkan tahun ini ialah Nasi dagang cikgu zaik,nasi minyak rozi,mee singapore jalil,kerepok keping yati,lemang kijal,ketupak pulut zah nasir,tapir mat salim dan tapir na lan beeger,nasi kapit nora,satay coh,laksa pineng harun bendahari,koktel asmida,air bandung mat salim,air teh o panas zaidah,air jagung othman hitam,kuih raya abang nong dan rendang.

Majlis yang diiringi dengan lagu hari raya turut diserikan lagi apabila Ketua UMNO Caawangan Pasir Gajah Tn HJ Mohd Nor turut menghulurkan sumbangan duit raya kepada 100 orang anak-anak yang awal datang.Selain itu turut diserikan dengan sumbangan kepada bakal haji iaitu Pn Wook binti Ibrahim,isteri bekas ketua kampung yang akan menunaikan haji,yang mana sumbangan disampaikan oleh Setiausaha UMNo Bahagian Kemaman,Saudara Rosli Ahmad.Majlis berakhir jam 500 petang.

Tiada ulasan: