Harapan...

Selasa, Oktober 25, 2011

SU JKKK PASIR GAJAH BEDAH LUTUT KIRI

Lutut kiri ..pembedahan untuk memasukkan 2 skru
Berehat di rumah......

Pada 18 Oktober 2011,Rabu,Setiausaha JKKK Pasir Gajah iaitu Cikgu Zaik telah menjalani pembedahan kecederaan lutut di Hospital daerah Kemaman,Kecederaan ini dialami semasa Cikgu Zaik menjalani latihan untuk Pasukan MSKPP Guru Veteran Daerah Kemaman bagi pertandingan Permainan JPNT Di Kuala Berang.

Kecederaan ini agak serius dimana lutang betis Cikgu Zaik didapati merekah berbentuk V dan perlukan kepada pembedahan.Pembedahan dijalankan selama 3 jam iaitu bermula jam 300 petang - 600 petang hari Rabu .

Cikgu Zaik dibenarkan pulang pada hari Jumaat untuk berehat di rumah selama 42 hari.Antara rakan-rakan JKKK Pasir Gajah yang turut menziarahi Cikgu Zaik semasa mendapat rawatan pembedahan ialah Pengerusi Tn Hj Mohd Nor,Timb Pengerusi,En Mustafa,Bendahari En Harun@Ibrahim,AJK iaitu Pn Asmida,Pn Marini,En Salim,En Osman Hitam,En.Abdullah Omar,Hj Othman Kuasan,En.Mat Jeen,Ahli Rela En Nassir,En Mat Ludin,Guru Besar SK Pasir Gajah,En Ahmad Tajuddin Othman.Manakala keesokkan harinya iatu Khamis,rakan-rakan guru iaitu Tuan Guru Besar SKRKTST En Kamarudzaman Hashim telah hadir bersama Ustaz Zamli,Ustaz Zulkifli,Ustaz Fakro,Ahmad Lopfi,hadi dan Ismail kantin dan isteri.Terima kasih kepada semua yang sudi memberi semangat kepada Cikgu Zaik.


Tiada ulasan: