Harapan...

Jumaat, Oktober 07, 2011

YB HAKIM RASMIKAN PROGRAM LEPAS TUNTUNG

Wazir,Zul,Abdullah,Nordin dan Nasir {tiada dlm gambar}..menjaga tuntung
YB bersama pelajar UCSI dan Ketua Kampung
YB melepaskan tuntung



YB bersama penduduk kampung bersedia untuk melepaskan tuntung



Majlis perasmian baru bermula


Cik Ceng Pelf Nyok bersama JKKK Pasir Gajah


Pada 7 Okt 2011,Jumaat jam 5.00 petang,JKKK Pasir Gajah bersama Persatuan Pemeliharaan Tuntung Terengganu {TCS}telah mengadakan program Melepaskan 84 ekor anak tuntung di Sungai Pasir Gajah.Majlis yang pertama kalinya diadakan ini telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Ayer Puteh.



Turut serta dalam majlis ini ialah Cik Chen Pelf Nyok dari TCS, 40 orang siswa dari UCSI Cawangan Terengganu serta beberapa orang rakan peniaga dari Kuala Terengganu serta pelawat dari Daerah Kemaman bersama lebih dari 50 orang penduduk Pasir Gajah sendiri.



Projek memelihara tuntung bermula pada bulan Februari 2011 dengan pengeraman telur sebanyak 420 biji namun sebanyak 198 biji sahaja berjaya ditetaskan.Anak tuntung yang dijaga oleh En Wazir bin Mahat bersama beberapa orang rakan beliau telah berjaya dipelihara dan sebanyak 85 ekor telah dilepaskan pada program hari ini.


Program yang bermula jam 500 petang berakhir jam 615 petang.



1 ulasan:

pelf berkata...

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Wan Abdul Hakim b. Wan Mokhtar kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Pelepasan Tuntung petang tadi. Terima kasih juga diucapkan kepada En. Mohd. Nor dan En. Zaik atas segala persiapan majlis tadi, kepada Wazir dan keluarga serta "gang tuntung" atas usaha masing-masing dalam menjayakan projek pemuliharaan tuntung ini.

Terima kasih juga kepada JKKK Kg. Pasir Gajah kerana menyediakan minuman ringan yang tidak sekali ringan (mee goreng, karipap, keropok, air mineral, air teh O). Kita sambung projek tuntung ni tahun depan ya? :D

Nota: 84 ekor anak tuntung dilepasakan semalam, bukan 85 :D