Dalam perjalanan meninjau produk kampung
Bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Kota Johor lama
Mendengar taklimat
Pok Long Zahar dan Man Kuasan bersama keluarga angkat
Jamuan semasa sambutan kehadiran peserta
Pada 20-22 Okt 2011,seramai 15 orang ahli Homestay dari Pasir Gajah telah berpeluang melawat ke Kampung Homestay Johor Lama,Kota Tinggi .Lawatan yang diuruskan oleh KETENGAH ,yang diketuai oleh Tn Hj Dungun ini turut membawa 15 orang lagi dari Kampung Jerangau serta beberapa orang pegawai KETENGAH.
Peserta homestay dari Pasir Gajah ini diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,En.Azhar Othman,Tn Hj Othman Yusof,Abdullah Omar,Ibrahim bin Ahmad,Mohd Rozi bin Yusof,Pn None,Pn Hj Timah,Cik Pn Norazlina,Pn Zainun Daud,Pn Masitah Ismail ,Pn Nor Zaidah Jusoh , Pn Zainab Omar dan beberapa nama lagi yang turut serta.
Lawatan selama tiga hari dua malam ini bertolak pada hari Khamis jam 800 pagi dengan bas KETENGAH dan tiba di sana jam 400 petang.Ahli rombongan disambut dengan meriah sekali dan dibahagikan kepada keluarga angkat.
Peserta ini pada keesokan harinya dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Johor Lama dan ke tempat industri kampung.Peserta ini bertolak pulang ke Kemaman pada pukul 12.00 tgh hari Sabtu dan tiba di Kemaman jam 800 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan