Harapan...

Khamis, Oktober 27, 2011

PENILAIAN KOMUNITI 1MALAYSIA TERBAIK PASIR GAJAH

Ketua Kampung menyampaikan cenderahati kepada panel hakim
AJK Wanita turut terlibat menjayakan program ini
Panel melihat hasil produk kampung yang dipamerkan
PPD Kemaman,Tn Hj Awang Ismail turut hadir
En.Mustafa Muda menyampaikan taklimat

Pada 18 Okt 2011,Selasa bermula jam 1130 pagi,Komuniti 1Malaysia atau dahulunya Komuniti Bestari Mukim Pasir Semut telah mengadakan program sambtan untuk menyambut kehadiran Hakim Penilai Bagi Penilaian Terbaik Komuniti 1Malaysia Pasir Semut Pasir Gajah yang mewakili Daerah Kemaman untuk mencari Komuniti Terbaik Negeri Terengganu.

Dalam program tersebut,seramai 7 orang hakim telah hadir untuk membuat penilaian tentang pencapaian Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPD Kemaman iaitu Tn Hj Awang Ismail bin Awang Lombor dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

Timbalan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah,En.Mustafa bin Muda telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat kemajuan Komuniti 1Mlaysia Pasir Gajah memandangkan Setiausaha Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah keuzuran.

Majlis yang berlangsung secara santai ini turut dihadiri oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Penasihat dan selaku Ketua Kampung Pasir Gajah.Majlis berakhir jam 100 tgh dan peserta dihidangkan jamuan makan tengahari.

Tiada ulasan: