Harapan...

Jumaat, Februari 17, 2012

BAJU KOPERAT BARU JKKK PASIR GAJAH TAHUN 2012

 bAJU JKKK Pasir Gajah yang baru 2012
 Baju JKKK belum lagi dirasmipakai 
 Dari belakang
 Baju lama
 Baju lama dan baru

Pada tahun 2012,JKKK Pasir Gajah bersama GDW telah menyediakan sedikit peruntukan untuk membuat Baju Koperat yang baru  bagi tahun 2012 setelah hampir 4 tahun baru lama diperagakan.Baju baru ini meliputi AJK JKKK seramai 15 orang dan AJK GDW seramai 7 orang.

Baju Koperat ini dibuat hasil dari kerjasama AJK memastikan banyak kemenangan pertandingan kampung 2011 dicapai oleh AJK JKKK dan AJK GDW.Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada AJK JKKK dan GDW dalam mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan untuk kemajuan kampung Pasir Gajah.

Selain itu baju koperat baru JKKK dan GDW Pasir Gajah ini turut diselitkan logo 1 Malaysia sebagai tanda menyokong gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia.Lambang 1Malaysia ini diletakkan di bahu sebelah kanan sebagai tanda kuatnya sokongan terhadap apa yang diilhamkan oleh PM.Baju koperat kali ini di buat oleh Syarikat Zam Colection,Kemaman.



Tiada ulasan: