Harapan...

Ahad, Februari 05, 2012

MESYUARAT JKKK KALI KEDUA FEB 2012

 AJK yang hadir
 En Osman sedang meneliti surat penerima BR1M dari Bt 10
 Suasana mesyuarat
Pengerusi sedang mengasingkan nama penerima JKM

Pada 4 Februari 2012,Sabtu malam Ahad,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat bulanan untuk kedua kalinya bagi bulan Februari tahun 2012.Dalam mesyuarat ini turut dibincangkan ialah Pengagihan bantuan JKM kepada seramai hampir 40 orang penduduk Pasir Gajah yang berkelayakanyang akan diadakan pada 6 Februari 2012,jam 11 pagi Isnin di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Selain itu turut dibincangkan ialah penyampaian wang BR1M peringkat kedua kepada seramai hampir 90 orang penduduk Pasir Gajah yang akan menerimanya pada 7 Feb 2012,Selasa jam 1 tgh.Antara kampung lain yang bakal menerima BR1M ialah penduduk dari Ayer Puteh sampailah ke Pasir Gajah yang dianggarkan seramai 1000 orang.Dalam semakan JKKK,seperti biasa didapati  ada dikalangan pembangkang yang begitu kuat mengkritik pentadbiran JKKK dan kerajaan memohon  dan menjadi penerima BR1M...Alhamdulillah....semoga ALLAH membuka dihati mereka untuk menyokong BN....kerana ini LANGKAH permulaan keyakinan mereka terhadap KEBAJIKAN yang dibuat oleh kerajaan tanpa di hua-huakan.......kepada penyokong BN/UMNO/kerajaan,teruskanlah menyokong kerajaan kerana ini adalah NIKMAT atas perjuangan kita menyokong BN yang ALLAH berikan....

 Antara penerima BR1M dari kalangan penduduk Pasir Gajah

AJK JKKK mengasingkan senarai penerima JKM dan BR1M

Selain itu turut diperbincangkan ialah JKKK akan mengadakan gotong royong PERDANA pada 2 MAC 2012,Jumaat dengan sasaran 200 orang penduduk lelaki keluar bergotong royong membersihkan kawasan kampung Pasir Gajah.

Mesyuarat yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1145 malam.Kemudian AJK yang hadir menikmati jamuan di Kedai Zaiton.Semua AJK hadir kecuali En Samsul Hamid dan En Badrulhisyam Jusoh yang mempunyai tugas yang tidak membolehkan mereka berdua hadir.



Tiada ulasan: