Harapan...

Jumaat, Februari 10, 2012

GOTONG ROYONG AJK MASJID BERSIH KAWASAN MASJID

Pada 10 Feb 2012,Jumaat bermula jam 830 pagi hingga 11.00 pagi,seramai 15 orang AJK masjid Pasir Gajah meluangkan masa bersama bertugas bulanan untuk bergotong royong membersihkan kawasan asjid sebagai salah satu acara menjalinkan hubungan rapat AJK.

Antara kerja yang dilakukan ialah membersihkan tandas,membersihkan longkang dan membersihkan awasan taman serta wakaf di kawasan masjid.Turut serta dalam program jalinan muhibbah AJK ini laha Ketua kampung,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Pengerusi Masjid,En Mustafa bin Muda,Timbalan Pengerusi Masjid,Cikgu Mat Zaik dan beberapa orang lagi AJK.

 Jamuan selesaps gotong royong di kedai Mazila Pok Pa
 Berehat menanti lain-lain ajk siap kerja
 Bersihkan wakaf
 Tok Imam Abas buang anak pokok
 Kerja selesai...berehat seketika
Mencuci longkang

Selepas selesai bergotong royong,AJK telah menikmati jamuan di kedai Mazila iaitu berupa hidangan mee goreng kasar dan halus serta minum air yang di order sendiri.Majlis selesai jam 1130 pagi.

Tiada ulasan: