Harapan...

Jumaat, Februari 17, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL ANJURAN JK MASJID

 Ustaz Sabri dari JASA Dun Kijal
 Jemaah yang hadir mendengar kuliah
 Sebahagian yang hadir
 Ketua Kampung turut hadir
 Berselawat selepas solat Isyak
 Menikmati juadah nasi lauk gulai kuning ikan masin
 AJK bersama Ustaz Sabri
 Jemaah menikmati hidangan
 Jemaah wanita
Jemaah wanita nenanti untuk sama makan

Pada 16 Feb2012,Khamis malam Jumaat.JK masjid pasir Gajah telah mengadakan Majlih Kuliah Maghrib Ceramah berkaitan Maulidur Rasul.Program yang dianjurkan oleh JK Masjid Pasir Gajah ini telah
dihadiri seramai 120 orang jemaah yang terdiri dari Jemaah Wanita dan Jemaah Lelaki. 

Kuliah Maghrid Maulidur Rasul ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Sabri dari JASA DUN Kijal ini membicarakan soal keperibadian Rasullullah.Ceramah yang hampir satu jam ini banyak memberi imput yang berguna kepada jemaah yang hadir.

Turut hadir malam ini ialah Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi Masjid En Mustafa Muda,Tuan Imam Tn Hj Yusof bin Kamaruddin yang bertindak sebagai juruacara,Setiausaha JKKK Cikgu Zaik,AJK JK Masjid,AJK JKKK,imam dan bilal seterusnya orang kampung yang terdiri dari kalangan orang muda dan veteran.

Majlis malam ini bermula dengan solat Maghrib,ceramah,solat isyak,selawat dan jamuan makan berakhir jam 930 malam.

Tiada ulasan: