Harapan...

Isnin, Februari 27, 2012

WARONG NOR EZAM : ADA JUAL KEREPOK GORENG DAN ABC

 nOR dan pembantunya Edah
 Nor baru selesai menggoreng kerepok....
Warong Nor di Tanah Lot

Pada 27 Feb 2012,Isnin,penulis sempat berhenti untuk bertanya khabar pemilik warong famous di Tanah Lot iaitu Warong Nor tentang busines nya.Apa yang penulis tahu,warong Nor ini cukup terkenal dikalangan penghuni di Tanah Lot untuk menikmati masakan hidangan panas.

Warong Nor yang dibuka pada pukul 200 petang dan berakhir jam 1200 tengahmalam menghidangkan pelbagai masakan panas iaitu bermula beraneka Nasi goreng ,beraneka mee goreng,mee rebus sehinggalah ke Mee bakso.

Selain itu warong Nor juga menyediakan ABC dan Air jagung selain dari minuman  biasa seperti Teh peng,Teh O,Milo sejuk milo panas dan pelbagai lagi.Harga yang Nor kenakan cukup murah dan berpatutan.Masakan Nor cukup menyelerakan pengunjung,sekali makan...memang akan datang lagi.

Selain itu,pengunjung juga dapat menonton televisyen ASTRO kegemaran seperti Bolasepak,Astro Ceria,Astro Warna......semuanya boleh ditonton.Warong Nor dibantu oleh tiga hingga ke empat pembantu seperti Edah,Lija dan anak Nor sendiri.

Berkunjunglah ke Warong Nor Di Tanah Lot Pasir Gajah sekiranya anda datang ke kampung ini.

Tiada ulasan: