Harapan...

Sabtu, Februari 18, 2012

MESYUARAT KHAS GDW DAN JKKK

AJK mendengar taklimat permulaan dari pengerusi

Pada 17 Feb 2012,Jumaat malam Sabtu,JKKK dan GDW Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat khas berbincang mengenai Pertandingan Perarakan maulidur Rasul Peringkat Daerah dan Persediaan Menghadapi Pertandingan Kebersihan Kampung.Selain itu isu lain yang turut dibincangkan ialah pembahagian BR1M untuk 100 orang penduduk Pasir Gajah.

3 AJK menikmati Pizza Hut
AJK Wanita memotong Pizza Hut untuk diagihkan

Dalam majlis ini juga turut diadakan jamuan kesyukuran pertambahan elaun Pengerusi,Timbalan Pengerusi dan Setiausaha JKKK oleh kerajaan Terengganu.Malam ini semua 22 AJK dijamukan dengan hidangan Pizza Hut dan air Root Bear A & W serta Milo suam dari Kedai Miss Lina.

Pengerusi JKKK menikmati hidangan bersama Timbalan Pengerusi
Menanti majlis mesyuarat dimulakan
AJK Wanita menimati Pizza Hut....

Turut menjadi agenda pada malam ini ialah pembahagian elaun JKKK yang bermula bulan JUN hingga Disember 2011 serta penyerahan Baju Koperat Baru JKKK dan GDW kepada 22 AJK.
Penyerahan baju koperat baru JKKK
Penyerahan imbuhan kepada bendahari JKKK
Pn Asmida menerima imbuhan kehadiran mesyuarat

Majlis hampir selesai....Pizza berbaki terus dinikmati

Majlis yang bermula jam 915 malam berakhir jam 1145 malam.Tiada jamuan lagiu selepas mesyuarat kerana semua AJK sudah kekenyangan makan 3 keping Pizza Hut seorang.

Tiada ulasan: