Harapan...

Isnin, Februari 13, 2012

PENETASAN TUNTUNG BERMULA:HAMPIR 400 BIJI DIERAMKAN

Pada 13 FEB 2012,Isnin jam 5 petang,penulis bersama pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh,SU JKKK Cikgu Zaik dan Bendahari JKKK En Ibrahim@Harun A Rahman telah meluangkan masa selama 30 minit meninjau tempat penetasan telur tuntung di Kg Hulu Pasir Gajah.
 Meninjau suasana di kawasan penetasan
 Lubang yang disedakan untuk diletakkan telur
 Bendahari JKKK berbincang dengan En Wazir
 Lubang yang ditanda
 Orang ramai yang datang melihat tempat penetasan tuntung
32 lubang sudah diisi

Tempat penetasan ini di bina di hadapan rumah En Wazil bin Mahat,ketua AJK Penetasan tuntung JKKK.Dengan sejumlah pasir dan pagar yang disediakan,diharap kawasan ini tidak menjadi tempat pencerobohan untuk mendapatkan telur tuntung secara mudah.

JKKK Pasir Gajah berbesar hati dengan usaha dan kesungguhan En Wazir dan beberapa orang rakannya serta kerjasama Cik Chen dalam program BESAR ini.

Tiada ulasan: