Harapan...

Isnin, Februari 27, 2012

MADRASAH AT TAHFIZ AL FAAIZ......DI PASIR GAJAH

 Banner madrasah
 Boleh baca.....
 Digantung di wakaf 
 Apa yang ditawarkan.....
Hubungi sebagaimana tertera

Pada 27 Feb 2012,Isnin,penulis memandang tentang kain rentang pembukaan sebuah Madrasah di Pasir Gajah atau lebih tepat di Batu 12 Pasir Gajah digantung di wakaf hadapan kilinik.Madrasah yang dinamakan Madrasah At Tahfiz al Faaiz ini yang siap pembinaannya mula menawarkan tempat pengajian yang berasaskan Kelas Tahfiz Al Quran,Pengajian KAFA yang mana semua makan dan minum ditanggung oleh pihak pengurusan Madrasah tersebut.

Sebagai sebuah JKKK yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan kampung ini,pastinya mengharapkan madrasah ini akan dapat melahirkan insan ISLAM yang sentiasa merapatkan UMMAH .Lahirkanlah seberapa banyak insan ISLAM yang berlandaskan ISLAM .

Melalui gagasan 1Malaysia yang dilhamkan oleh PM yang kita sayangi ini,JKKK Pasir Gajah sememangnya yakin dan percaya bahawa Madrasah yang ada di kampung ini sealiran dengan apa yang diilhamkan oleh kerajaan...mewujudkan perpaduan UMMAH.

Kepada yang berminat untuk menghantar anak-anak ke sini,JKKK Pasir Gajah amat mengalu-alukannya. Madrasah ini boleh dijadikan sebagai anak angkat kepada JKKK Kampung Pasir Gajah ini,kerana pembinaan dan ujudnya madrasah ini memperlihatkan tumbuhnya satu lagi institusi pengajian di kampung yang makmur,ceria dan damai ini.
 Madrasah yang dibina di Bt 12 Pasir Gajah
Bangunan madrasah

Tiada ulasan: