Harapan...

Ahad, Julai 15, 2012

AJK UMNO PASIR GAJAH DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO BAHAGIAN KEMAMAN 2012

Pemandangan atas pentas utama
Ketua UMNO Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bersama En Mustafa
Perwakilan yang hadir
En Abbas,En Zaik,Hj Othman...perwakilan Pasir Gajah
YAB Ketua UMNO Bahagian merasmikan persidangan
En Salim...pemerhati dari UMNO Cawangan Pasir Gajah
 
Pada 14 Julai 2012,Sabtu malam Ahad,JK UMNO Cawangan Pasir Gajah telah turut serta hadir sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO Bahagian Kemaman yang dirasmikan oleh YAB Ketua UMNO Bahagian Kemaman Dato Seri Hj Ahmad bin Said di Dewan  MPK Kemaman.

Majlis yang berlangsung pada pukul 900 malam ini diwakili oleh Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Ketua Penerangan UMNO Cawangan En Mustafa bin Muda,Bendahari En Abbas bin Mohd Taib,AJK Tn Hj Othman bin Md Yusof dan 2 orang pemerhati iaitu S/U UMNO Cawangan En Mat Zaik bin Hj Mohd Yusof dan En Mohd Salim bin Abd Hamid.

Majlis dimulakan dengan Nyayian Lagu Negaraku,UMNO dan bacaan doa  diikuti dengan taklimat SU UMNO Bahagian oleh En Rosli bin Ahmad dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said.Kemudian majlis menghargai jasa bekas ahli UMNO turut diadakan.

Persidangan agong kali ini amat menarik apabila hampir 20 TV LCD disediakan untuk cabutan bertuah perwakilan yang hadir.Sama-sama kita DOAKAN kepada ALLAH s.w.t agar diberi hidayah dan petunjuk agar RAKYAT terus memilih UMNO/BN menerajui Malaysia dan TERENGGANU kerana hanya parti ini meletakkan ISLAM setingginya dalam urusan pentadbiran.



Tiada ulasan: