Harapan...

Sabtu, Julai 21, 2012

IMAM TAHFIZ MENGIMANI SOLAT TARAWIKH DI MASJID PASIR GAJAH RAMADHAN 1433

Solat sunat.......
Imam tahfiz bersedia untuk solat tarawikh
Kehadiran jemaah lelaki.....
Solat sunat witir......dah nak selesai niiiii
Jemaah bersalamam.....
Nama Imam Tahfiz.....
Imam Tahfiz bersama Bendahari JKKK,Saudara Harun@Ibrahim
Jamuan Murrey......
Jemaah wanita.......sama membantu
Menikmati hidangan
Pengerusi Masjid {Dua dari kanan}

Pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 tahun ini,masjid Pasir Gajah telah mendapat khidmat dua orang Pemuda menjadi IMAM Tahfiz bagi membantu mengimani solat tarawikh pada tahun ini.Usaha ini adalah merupakan satu dari aktiviti masjid Pasir Gajah yang dipengerusikan oleh En Mustafa bin Muda.

Imam Tahfiz yang datang dua hari sebelum ramadhan ini iaitu Mohamad Omar dan Mohd Ulinmiha adalah merupakan pelajar dari Tahfiz Al Quran Sungai Limam Sg Besar Selangor.Jawatankuasa Masjid Pasir Gajah
berusaha mendapatkan khidmat mereka berdua bagi membantu jemaah pasir Gajah merasai suasana kemuliaan Ramadhan melalui solat tarawikh dengan kebolehan imam tahfiz membaca surah.

Selain itu,Masjid Pasir Gajah juga telah mengadakan jamuan morrey bagi memberi peluang jemaah beramah mesra antara satu sama lain apabila selesai Solat Jemaah Tarawikh.Jemaah yang hadir biasanya akan membawa juadah morrey bersama air minuman untuk dijamuselera bersama setelah selesai Solat Tarawikh.

Penulis berdoa agar usaha murni JK Masjid ini akan memberi manfaat kepada seluruh jemaah yang hadir bersolat di Masjid pasir Gajah sepanjang Ramadhan ini.Datanglah beramai-ramai memenuhi ruang masjid yang kini penulis anggarkan pada malam pertama ahmpir 150 orang jemaah yang hadir.Alhamdulillah.

Tiada ulasan: