Harapan...

Jumaat, Julai 13, 2012

MESYUARAT JK KRT PASIR GAJAH BERJALAN LANCAR

 En.Afzalizan bin Awang Hamat,Pengerusi KRT
 Setiausaha RKT,Pn Norzihan Abdullah
 AJK yang hadir
Ada yang melucukan.....dalam agenda mesyuarat niii

Pada 11 Julai 2012,Rabu malam Khamis,JK KRT Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat bulanannya pada tahun ini.Mesyuarat kali pertamanya ini dipengerusikan oleh Pengerusi KRT iaitu En Afzalizan  bin Awang Hamat yang berlangsung pada jam 930 malam di bilik gerakan JKKK Pasir Gajah.

Turut hadir dalam dalam mesyuarat ini ialah saudara Mohd Saidi Abd Ghani,Saudara Mat Zaik bin Mohd Yusof,Saudara Ibrahim bin A Rahman,Saudara Mohd Salim bin Abd Hamid,Saudara Mohd Rofie bin Abd Rahman dan Saudara Abdullah bin Awang,manakala AJk wanita yang hadir ialah Pn Noor Zaidah bt Jusoh dan Pn Norzihan bt Abdullah.

Antara lain yang dibincangkan ialah laporan kegiatan yang telah dilakukan oleh jiran-jiran,manakala penubuhan SRS juga turut diperkatakan pada malam ini.JK juga telah membuat keputusan untuk mengadakan program pembelian pakaian raya untuk 10 orang anak yatim pada Jumaat minggu pertama bulan Ramadhan tahun ini.

Mesyuarat berakhir jam 1100 malam dan AJK semuanya makan di Kedai Lina Pak Daud,di bazaar JKKK Pasir Gajah.

Tiada ulasan: