Harapan...

Ahad, Julai 29, 2012

PUTERI UMNO GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBOK UNTUK SUMBANGKAN KEPADA PENDUDUK PASIR GAJAH


PUTERI dan Wanita UMNo duk siang sayur......
Saudara ROZI..ketua tukang masak......
Kerja mengacau bubur sedang dijalankan......
Menunggu giliran gamoknye nok kacau bubur tuuuuu
Sempena Semarak Kemerdekaan......ada bendera Jalur Gemilang tuuuuu
Kibaran bendera disebelah banner....
Tiga periuk semua sekali......banyok dohhhh
Ketua PUTERI tengoh bagi nok isi dalam bekas
Bubur lambok diagihkan semasa Bazar Ramadhan Pasir Gajah
ABU {Aku Budak UMNO} tukang bagi ke orang kampung....
Ketua PUTERI jadi encas program ni.....

Pada 28 Julai 2012,Sabtu ,Puteri UMNO bersama Wanita dan UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan program gotong royong memasak bubur lambok di Masjid Pasir Gajah sempena PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN DAN IHYA RAMADHAN.Gotong royong yang bermula jam 900 pagi diketuai oleh Pn Asmida bt Abd Rahman ,Ketua PUTERI dan Pn Habshah Ali Ketua Wanita.

Kerja-kerja memasak bubur lambok ini diketuai oleh En Mohd Razi bin Hj Yusoff yang mana bubur lambok ini diagihkan kepada penduduk Pasir Gajah.Sebanyak 3 kawah bubur lambok telah dapat dibuat pada hari ini.Sumbangan untuk membuat bubur lambok ini ialah melalui YB Tn Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Ayer Puteh dan UMNO Cawangan Pasir Gajah.

Bubur lambok ini telah diagihkan  kepada penduduk kampung bermula jam 450 petang di Wakaf Salim,yang mana bubur lambok ini dipekkan di dalam bungkusan tapperware plastik.Kerja pengagihan kepada penduduk pula dilakukan oleh PEMUDA UMNO bersama JK UMNO Cawangan Pasir Gajah,manakala PUTERI mengagihkan bubur lambok kepada penduduk yang hadir ke Pasar Ramadhan Pasir Gajah.


Tiada ulasan: