Jemaah bersolat maghrib......
Tahlil ringkas dan berdoa...
Imam Abbas mengetuai bacaan Yassin bersama Bilal Hj Yusof dan Cikgu Zaik
Hadirin yang hadir
Golongan muda.....
AMIN......berdoa
Kalangan jemaah wanita
Bersalaman....
Jemaah wanita selesai solat
Sama-sama menikmati jamuan
AJK JKKK turut hadir...Harun dan Abdullah Omar
Menikmati juadah.......Salim dengan Cikgu Zaik
Pengerusi JKKK menikmati air kopi o
Jemaah wanita turut sama berjamu selera
Ramai wanita yang hadir
Pada 4 Julai 2012,Rabu malam Khamis,Nisfu Saaban ( 15 Saaban) disambut dengan penuh tanda kerendahan diri dan kesyukuran nikmat Illahi apabila seramai hampir 150 jemaah yang hadir sama-sama membaca Yassin yang dipimpin oleh Imam 2 En Abbas bin Taib.
Majlis yang dimulai dengan solat jemaah maghrib yang diimamkan oleh Imam 3 Tn Hj Zawawi bin Tahir turut dihadiri oleh Ketua Kampung pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jiusoh serta Timbalan Pengerusi JK Masjid Cikgu Zaik serta AJK Masjid,bilal dan jemaah yang terdiri dari golongan muda,wanita dan veteran.
Selesai solat maghrib serta tahlil ringkas,Imam Abbas telah menerangkan keafdalan niat membaca Yassin iaitu pertama untuk dipanjangkan usia bagi berbakti kepada Allah,kedua dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan ketiga terus berada di dalam keislaman.
Selesai membaca Yassin,dan bersolat isyak,jemaah dihidangkan dengan jamuan kueh muih yang dibawa oleh jemaah sendiri bersama air kopi o dan teh o.Penulis dapat rasakan begitu perpaduan ujud di masjid ini dan ini adalah berkat kepimpinan BN yang mengutamakan ummah,perpaduan dan saling bersatupadu.
Ya ALLAH....semoga kekalkanlah kepimpinan BN yang meletakkan ISLAM ditempat yang setingginya....kepadamu KAMI bermohon.AMIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan