Harapan...

Jumaat, Julai 27, 2012

KRT PASIR GAJAH RAIKAN 8 ANAK YATIM DENGAN MEMBAWA MEREKA MEMBELI PAKAIAN RAYA

 Berkumpul di Wakaf Salim
 Bergambar dulu......
 8 orang anak yatim terpilih....
 Kereta mula nak bergerak ke Cukai
 Dalam perjalanan......
 Memilih pakaian.....Pengerusi dan Lina ada layan mereka...
 Membayar......Salim bendahari KRT ada tuuuuu
 Pilih tudung...Zehan ada.....
 Nak balik dah.......
Semua selesai dibeli......

Pada 27 Julai 2012,Jumaat,KRT Pasir Gajah telah mengadakan Program meraikan 8 anak yatim Pasir Gajah dengan membawa mereka ini memilih,mencuba dan membeli pakaian untuk menyambut raya tahun ini sempena Program SEMARAK KEMERDEKAAN dan MENGHAYATI RAMADHAN.Dalam program ini,Pengerusi KRT Pasir Gajah Saudara Afzalizan bin Awang Hamat bersama 8 AJK KRT lain telah membawa anak-anak yatim ini ke Bandar Cukai untuk memilih pakaian mereka.

Pemilihan anak yatim ini ialah yang berumur antara 9 hingga 15 tahun yang mana seramai 5 orang anak watin perempuan dan 3 anak yatim lelaki telah dipilih menjayakan program yang pertama kali diadakan oleh KRT.Tahun 2011 yang lalu KRT telah mengadakan program berbuka puasa untuk meraikan 40 orang warga emas.

Anak yatim ini dibawa dengan 4 buah kereta bersama 9 orang AJK KRT yang bertolak dari Pasir Gajah jam 330 petang.Selain membeli  pakaian,anak yatim ini diberi peluang membeli juadah berbuka puasa untuk dibawa pulang dan menikmati bersama keluarga.

Antara AJk RKT yang meluangkan masa bersama anak yatim ini ialah Pengerusi,Saudara Afzalizan,Setiausaha Pn Norzihan,Bendahari En Salim.AJK Harun,Zaik,Yono,Zulkifli,Lina dan Mohamad Said.Majlis selesai jam 530 petang dan semua anak yatim dihantar pulang ke hadapan rumah masing-masing.


Tiada ulasan: