Harapan...

Sabtu, Julai 07, 2012

JKKK PASIR GAJAH TEMPAT KEDUA ADC PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2012

Slide Majlis Anugerah
Pukul 630 pagi....berkumpul di wakaf Salim untuk ke Kuala Terengganu
Tiba di Dewan Wisma...mendaftar diri
AJK JKKK Pasir Gajah di kerusi hadapan
Pengerusi menerima sijil penyertaan
Timbalan Pengerusi menerima hadiah Kategori...
S/U menerima hadiah Naib Johan
Bergambar bersama Dato Abd Rahin bin Said,EXCO
S/U dengan Mok Cek...
Bergambar bersama Pn Salbiah,Pegawai Kemas Daerah Kemaman
Bergambar ramai=ramai
AJK JKKK Yang hadir
Mok Cek...RM500
Mok Cek RM8000

Pada 7 Julai 2012,Sabtu bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman Negeri Terengganu telah berlangsung majlis penganugerahan Anugerah Desa Cemerlang tahun 2012 yang dirasmikan oleh wakil YAB MB iaitu Dato Abd Rahin bin Said,EXCO kerajaan Negeri Terengganu.Dalam majlis ini,turut hadir ialah Pengaeah Kemas Negeri,Setiausaha Kerajaan Negeri dan SU Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyampaikan hadiah kepada kampung yang menang bertanding dalam ADC 2011 bagi setiap daerah bagi mewakili Negeri Terengganu dalam ADC 2012 pada September nanti.

Alhamdulillah,berkat kerjasama AJK JKKK dan GDW serta pelbagai NGO di Pasir Gajah serta kerjasama yang tidak berbelah bagi serta sokongan padu penduduk Pasir Gajah,dengan kepelbagaian aktiviti dan program yang diatur sepanjang tahun ,maka kampung Pasir Gajah telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu bagi 2012 dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM8000.Kg Bukit Wan Batu Rakit pula dinobatkan sebagai JUARA tahun ini.

Selain itu JKKK Pasir Gajah juga telah diberi pengiktirafan untuk menggondol anugerah dalam kategori  Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan hadiah sebanyak RM500 sumbangan kerajaan negeri Terengganu.Semua AJK JKKK Pasir Gajah hadir dalam majlis ini.



Tiada ulasan: