Harapan...

Ahad, Julai 29, 2012

JKKK DAN UMNO PASIR GAJAH AGIH KURMA SUMBANGAN YAB MB KEPADA PENDUDUK PASIR GAJAH








Pada 28 Julai 2012,Sabtu jam 500 petang,JK UMNO bersama Pemuda UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah mengagihkan kesemua hampir 430 bungkusan kurma dan air zamzam kepada penduduk kampung Pasir Gajah yang beragama Islam.

Program yang diketuai oleh Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh ini memulakan tugas dengan pembahagian lokasi pengagihan yang terdiri daripada Rumah Murah oleh En Halim Jusoh bersama Zaini Muda dan En Zaik bersama En Salim,manakala Tanah Lot pula diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bersama En Ibrahim@Harun dan En Afzalizam bersama group ABU {Aku Budak UMNO } yang diketuai oleh En Badrulhisyam Jusoh,BT 10 bupa diketuai oleh En Yono bersama En Mohd Rafi,Kg Laut oleh En Mustafa Muda dan En Jalil Daud manakala Kg Tengah oleh En Mohamad bin Said.

Kurma sumbangan YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu ini diagihkan bersama  bubur lambok yang diuruskan oleh PUTERI UMNO Pasir Gajah.
JKKK bersama UMNO dan penduduk Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Terengganu terutama kepada YAB MB atas sumbangan yang begitu bererti terutama di bulan mulia Ramadhan ini.Sama-sama kita doakan agar ALLAH terus mengekalkan pemerintahan yang ternyata BERJIWA RAKYAT ini di bawah kepimpinan UMNO/BN Terengganu.

Pengagihan kurma berakhir jam 615 petang.

Tiada ulasan: