Harapan...

Isnin, Julai 23, 2012

MESYUARAT KHAS JK MASJID BINCANG PENGISIAN RAMADHAN 1433

 Imam Abbas memabaca giliran morrey
 Hjh Nor bersama Pn Zainun
 Tn Hj Mohd Nor,Hj Othman dan Harun....serta Hjh Nor
 En Mustafa,En Mat Roni@ Abdullah Omar dan En Ibrahim
En Tajuddin,En Zaik dan Tn Hj Mohd Nor

Pada 1 Ramadhan 1433 bersamaan 21 Julai 2012,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pengisian ramadhan 1433.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Mustafa bin Muda,Pengerusi JK Masjid antara lain memutuskan beberapa aktiviti seperti mengadakan jadual penyediaan murrey bagi setiap malam untuk jamuan selepas solat tarawikh iaitu seramai 4 orang setiap malam.

Selain itu majlis juga bersetuju untuk menjaga kebajikan Imam Tahfiz dengan pembayaran imbuhan sebanyak RM500 seorang untuk dua orang Imam dan pembayaran belanja makan sebanyak RM600 untuk selama sebulan.Majlis bersetuju menggunakan duit sumbangan masjid sepenuhnya.Imam Tahfiz diberikan penggunaan sebuah motosikal dan tinggal di rumah Pengerusi Masjid.

Selain itu majlis juga bersetuju agar diadakan tadarus Al Quran melibatkan jemaah lelaki dan jemaah wanita yang mana setiap jemaah nanti akan disumbangkan sehelai kain pelikat/batik.Majlis juga bersetuju untuk adakan majlis berbuka puasa pada 15 hb puasa/ramadhan iaitu pada Sabtu malam Ahad 4 Ogos 2012.

Mesyuaat yang bermula jam 945 malam berakhir am 1030 malam.Turut hadir ialah Penasihat JK Masjid iaitu Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.AJK lain yang hadir ialah Imam Abbas,En Salim,En Ibrahim Ahmad,En Ibrahim@Harun  A Rahman,En Halim,En Ahmad Tajuddin,En Zaik,Hj Othman,Hjh Nor,Pn Zainun serta Pengerusi Masjid En Mustafa.


Tiada ulasan: