Harapan...

Selasa, Disember 27, 2011

ACARA SAMBUTAN PROGRAM KG GDW TERBAIK KETENGAH

 YB Tn Hj Wan Abdul Hakim baru tiba jam 215 petang dialukan Paluan Kompang
 Tn Hj Wan Mat Amin bersama Pengerusi GDW menyambut ketibaan YB
 YB bersama VIP tiba di pintu masuk Dewan Orang Ramai Pasir Gajah
 Persembahan silat kanak-kanak  Dari Kg Kuala Jengai Dungun
 Kumpulan Koir Anak Kampung dari Kg Pasir Gajah
 Kunpulan Nasyid dari Kg Bukit Merah
VIP bersedia untuk bangun menghormati lagu NEGARAKU
Bacaan doa oleh Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Imam 1 Masjid Pasir Gajah

Program Anugerah Kampung GDW Terbaik Ketengah yang diadakan di Pasir Gajah diatur sebaiknya oleh pihak KETENGAH.Ketibaan YB di sambut oleh Pengurus Besar KETENGAH serta dif lain bersama Pengerusi GDW Pasir Gajah yang diiringin dengan paluan kompang.

YB kemudian berjalan ke Dewan Orang Ramai dan di pintu masuk dewan,YB telah dipersembahkan dengan silat gayung kanak-kanak dari Kg Kuala Jengai Dungun.Selesai silat gayong,YB dan VIP masuk ke dewan dan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU.

Kemudian,YB diperdengarkan lagu rasmi kampung Pasir Gajah iaitu "Kampungku Pasir Gajah" yang disampaikan oleh kumpulan koir Anak Kampung seramai 25 orang yang dilatih khas oleh Pn Asmida dan Pn Marini.

Kemudian,doa pula dibaca bagi memberkati majlis yang disempurnakan oleh Tn Hj Yusof bin Kameuddin,imam masjid Pasir Gajah.Dipertengahan program,YB dan VIP seeta hadirin diperdengarkan pula nasyid dari kampung Bukit Merah. 

Tiada ulasan: