Harapan...

Sabtu, Disember 17, 2011

PASIR GAJAH ADA STESYEN MARDI

Pejabat Pengurusan Stesyen MARDI

Staff MARDI {dipetik dari FB Mardi Kemaman}
Pengenalan Diri.......

17 Disember 2011,teringat saya beberapa hari yang lalu saya telah memandu melalui jalan Pasir Gajah -MARDI- Paman untuk membawa keluarga ke MESRA Mall.Saya melalui Stesyen Mardi Kemaman.Satu-satunya Stesyen Mardi yang ada di Kemaman tetapi letaknya di Pasir Gajah.Saya bangga melihat di Pasir Gajah ini ada Stesyen Mardi, dan di sini juga ada stesyen Pertanian Mukim Pasir Semut di Batu 10 Pasir Gajah.

Banyak maklumat yang ingin saya kongsikan tentang Stesyen Mardi ini.Mungkin ramai yang tak tahu lagi apa yang ada di Pasir Gajah iaitu sebuah kampung yang taklah berapa besar,namun ada segalanya.Cuma kalau dapat dibuat penambahbaikan kepada nama Stesyen Mardi itu...lagi bagus untuk kampung ini.Sekurang-kurangnya ianya menaikkan nama kampung yang makmur ini.Namakan semula stesyen mardi itu kepada :

STESYEN MARDI PASIR GAJAH,
KEMAMAN,TERENGGANU.

Tentu seluruh penduduk Pasir Gajah gembira sakan...Stesyen Mardi tercatat nama Pasir Gajah,maklumlah,ianya terletak di Pasir Gajah dan sedia maklum,pentabdiran kampung ini sentiasa bekerjasama dengan pengurusan MARDI sejak dari dulu lagi.Ramai juga penduduk Pasir Gajah yang bekerja di stesyen ini yang penulis kenal,ada yang dah pencen pun macam Hj Othman bin Md Yusoff,Imam Abbas bin Hj Mohd Taib,En.Mohamad bin Ibrahim,En Ariffin Pengawal Keselamatan.

Maklumat tentang Stesyen ini sebagaimana di bawah:


JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 
METADATA STESEN METEOROLOGI 

Nama Stesen  
MARDI KEMAMAN 
Nombor esen 
49466 
Lat 
 N 04°15’16” 
Long 
E 103°18’52”
Altitud (m) 
50 
Agensi 
MARDI
Kategori 
Stesen Auksiliari 
Bermula Operasi 
19.05.1980 
Status 
Aktif 
Negeri 
TERENGGANU 

Alamat Pos 
Station Manager, 
MARDI Kemaman, 
Batu 11, Jalan Air Puteh, 
Peti Surat 44, 
24007 Kemaman,  
Terengganu. 
   
 Peralatan Meteorologi      
1. Tolok Hujan dan Perakam Hujan 
2. Termometer Kering dan Basah 
3. Termometer Maks dan Min 
4. Tangki Sejatan dan Odometer 
5. Perakam Sinaran Matahari  

Lokasi/Bagaimana Ke Sana 
Dari  Kuantan hala ke Pekan Kemaman. Di tengah-tengah pekan 
Kemaman terdapat simpang ke Jalan Air Puteh. Teruskan perjalanan kira-kira 11 batu dan anda akan menemui simpang kanan ke Mardi/Kg Paman. 
Kira-kira 2km belok ke kiri ikut simpang ke Mardi. Teruskan perjalanan 
sejauh 1km dan anda menemui stesen MARDI di bukit, di sebelah kanan.

ATAU
Terus memandu sampai ke Pasir Gajah iaitu di batu 11.5 dan akan jumpa simpang ke MARDI di Kg Hulu Pasir Gajah.Belok ke kanan jika dari Cukai dan terus memandu sejauh 2 km,anda akan jumpa STESYEN MARDI ini.

Stesen Meteorologi Terhampir 
KUANTAN 


Tiada ulasan: