Harapan...

Rabu, Disember 07, 2011

TAKLIMAT KAMPUNG DALAM SUASANA HARMONI

Panel Hakim meneliti buku profil
 Banner menyambut Panel ke Bilik Gerakan
 En Shafini dan En Shafie dalam sesi perkenalan
 SU,Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JKKK
 Barisan AJK JKKK Pasir Gajah
Suasana dalam bilik gerakan

Tepat jam 2.00 petang,sesi taklimat Kampung bermula dalam suasana yang penuh harmoni.Turut hadir ialah  En Shafini,Pen.Pengarah Kemas dan En Shafie Wakil SUK Terengganu yang bertindak sebagai Ketua panel hakim.Antara hakim yang hadir ialah En.Fadli dari Mara,En.Zul Azrai dari Perancang bandar,Ustaz Rashid dari JHET,En.Mohd Fuad dari RISDA,Pn Mariah dari Unit Maklumat,En Yusof dari Jabatan Kesihatan dan En.Mohd Sabri dari JPNT.

Taklimat kampung disampaikan oleh En Mat Zaik,SU JKKK Pasir Gajah.Taklimat berakhir jam 320 petang ini diikuti pula dengan sesi soaljawab oleh barisan hakim.Tepat jam 430 petang,para hakim dibawa menikmati jamuan petang dan kemudiannya di bawa meninjau keadaan kampung.

Jam 5.00 petang,sesi penggulungan dan taklimat akhir diadakan.Dalam sesi tersebut beberapa buah fikiran dan pandangan yang diutarakan oleh panel hakim begitu menarik minat JKKK untuk dilaksanakan.Majlis berakhir jam 530 petang.



Tiada ulasan: