Harapan...

Ahad, Disember 18, 2011

RUMAH PPRT PERTAMA DI TAPAK CADANGAN JKKK

 Papantanda Cadangan tapak Rumah PPRT didirikan sejak tahun 2006
Rumah pertama di Tapak PPRT 2006.

Pada 18 Disember 2011 Ahad,penulis membuka lensa kamera untuk melihat gambar yang penulis ambil kelmarin sewaktu meronda kampung untuk melihat apa yang perlu dan menambah apa yang kurang.Penulis telah berhenti ke satu kawasan yang telah lama JKKK "gazet"kan sebagai kawasan yang akan dibangunkan secara berkelompok rumah PPRT.Kawasan ini digazetkan oleh JKKK sejak tahun 2006 lagi dengan meletakkan papantanda bahawa kawasan ini dicadangkan sebagai kawasan RUMAH PPRT.Kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan lapang di Tanah Lot berhadapan rumah Tn Hj Ngah bin Ibrahim,bekas AJk JKKK.Kawasan ini sesuai juga...namun kalau banjir agak besar,maka mungkin akan ada air,tetapi setakat ini...ianya bebas dari banjir.

Buat permulaan ini,JKKK di bawah kepimpinan Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh telah merealisasikan impian itu dengan pembinaan sebuah Rumah PPRT milik En Ali bin Ismail ,bekas pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada Penduduk Pasir Gajah yang pembinaannya hampir siap 98 peratus.Kawasan yang akan dijadikan kawasan pembinaan rumah PPRT secara teratur ini ialah merupakan usaha JKKK dalam membantu rakyat yang memilih UMNO dan BN sebagai peneraju pemerintahan di Terengganu.JKKK sebagai pemimpin kecil di peringkat kampungpun mementingkan rakyat..apatah lagi Kerajaan Terengganu di bawah BN/UMNO...mengutamakan  Rakyat Didahulukan....atau Merakyatkan pembangunan.Rasa bangga juga penulis bersama barisan kepimpinan JKKK kerana usaha murni ini berjaya.Marilah kita doakan semoga ALLAH menjadikan BN/UMNO terus memerintah Terengganu buat selama-lamanya.



Tiada ulasan: