Harapan...

Jumaat, Disember 23, 2011

JK MASJID MEMASAK SYURA SECARA GOTONG ROYONG

 Mula mengacau syura...Mat Zain,Habshah,Dollah dan Usop
 Zamri...AJK Masjid bersama Pok Su
 Kaum ibu sibuk menyediakan sambal nyior 
 Bersembang sementara menanti syura masak
 Menunggu giliran untuk mengacau syura
 Saudara Rozi.....{tengah} melihat syura yang hampir nak masak
 Kacau lagi...lambat nya masakkkkkk
 Nyior baru dimesen......
 Syura sudah diisi dalam bekas plastik
Dalam talam pun ada...meriah betul....

Pada 23 Dis 2011,Jumaat...Sudah menjadi amalan sejak dua tahun lalu,JK Masjid Pasir Gajah di bawah kepimpinan En Mustafa Muda mengambil inisiatif mengadakan memasak syura secara gotong royong yang melibatkan JK Masjid bersama penduduk Pasir Gajah.Program memasak syura ini bermula jam 8.00 pagi di perkarangan tempat letak kereta Masjid Pasir Gajah.Ini merupakan tahun kedua JK Masjid mengadakan program memasak syura sempena awal muharram.
Salim dan Pak Mat kacau syura

Sebanyak 2 kawah syura dikacau pada pagi ini.Rempah ratus syura disediakan oleh Ketua Tukang Masak Saudara Mohd Rozi bin Yusoff.Antara yang hadir pada pagi ini ialah Bendahari Jk masjid,En Abbas bin Taib,Pengerusi JKKK Pasir gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh beberapa orang AJK JKKK dan penduduk kampung serta penduduk Rumah Murah.

Syura yang disiapkan ini diisi di dalam bekas plastik untuk diagihkan kepada penduduk kampung.Penulis rasa bangga kerana JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan aktiviti yang sentiasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia ini.

Pak Ali turut hadir memberi sokongan kepada program JK masjid ini

Amalan yang diterapkan oleh JK Masjid Pasir Gajah adalah amat bersesuaian bagi memupuk semangat perpaduan seluruh penduduk Pasir Gajah dalam program yang diaturkan.

Tiada ulasan: