Harapan...

Selasa, Disember 27, 2011

GDW PASIR GAJAH DINOBATKAN JOHAN KG GDW TERBAIK KETENGAH 2011

 Pengerusi menerima mock cek RM1000 kategori Pendidikan 
 Pengerusi menyampaikan cenderahati kepada YB 
 Menerima Mock cek Kategori Ekonomi dan Usahawan bernilai RM1000
 Semua AJK GDW menerima Mock Cek JOHAN Kg GDW Terbaik KETENGAH 2011
 AJK GDW bersama Pengurus Besar dan YB
 Lina.Mida dan Chah bergaya dengan mock cek RM5000
 Banyaknya kami menang tahun ni......itu kata lelaki tu agaknya.....
 Seronok...bergaya depan mock cek
 Timbalan Pengerusi GDW bersahaja depan mock cek
 Tiga AJK yang sentiasa cergas  bersama sijil kemenangan
 Nora,Ibrahim,Samsul dan Chah....bersama mock cek
En Salim....
SU Zaik.....gembira juga dengan mock cek 
Ini bukti kerjasama AJK dan perpaduan penduduk kampung....kemenangan 

27 Dis 2011,GDW Pasir Gajah telah dinobatkan sebagai Johan Kampng GDW Terbaik KETENGAH 2011.Hal ini diumumkan oleh KETENGAH dalam majlis penyampaian sijil dan hadiah yang di adakan di DORA Pasir Gajah.

Selain dari diumumkan sebagai Johan,GDW Pasir Gajah juga telah dipilih untuk memenangi Kategori Ekonomi dan Usahawan serta kategori Pendidikan yang membawa pulang RM1000 setiap kategori.
Hadiah yang disampaikan oleh YB ADUN Ayer Puteh diterima oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama 14 orang AJK GDW..Kerja kuat yang ditunjukkan oleh En.Mustafa Muda,En.Ibrahim bin A Rahman,En.Samsul bin Hamid,En Mohd Salim bin Abd Hamid,En Abbas bin Taib,En.Badrulhisyam bin Jusoh,En.Osman bin Hitam,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pn Habshah Ali,Pn Asmida bt Abd Rahman,Pn Nora bt Jusoh,Pn Noor Zaidah bt Jusoh serta AJk lain iaitu En Marwan Mustafa,En Mohd Asri bin Abdullah,En Mohamad bin Said,En.Afzalizam bin Awang Hamat,Pn Norzihan bt Abdullah,Cik Norazlina bt Abdullah,Pn Marinirma Maliki dan dua tiga orang lagi yang penulis tak tulis di sini akhirnya membenihkan hasil.

Kemenangan ini adalah satu rahmat Allah atas kerjasama AJK dan keserpaduan dan keharmonian penduduk kampung yang telah memilih BN/UMNO menerajui Terengganu.Dengan kesejahteraan pemerintahan BN berpandukan ISLAM dan menempatkan ISLAM setinggi-tingginya telah memberi keyakinan kepada penduduk kampung ini melalui JK yang menerajui kampung mengecap kemakmuran dan akhirnya diterjemahkan melalui kemenangan dalam pertandingan Kampung GDW Terbaik KETENGAH 2011.

GDW Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KETENGAH atas kecaknaan dan pembangunan yang disalurkan kepada kampung ini yang membawa kampung ini ketahap yang cukup membanggakan.

Marilah kita penduduk PASIR GAJAH berdoa kepada ALLAH agar kampung kita terus makmur di bawah PEMERINTAHAN kerajaan BN/UMNO Terengganu.



Tiada ulasan: