Harapan...

Selasa, Disember 20, 2011

MESYUARAT ADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH GDW TERBAIK KETENGAH 2011

 Tn Hj Dungun bin Mamat mempengerusikan mesyuarat.
 Kakitangan KETENGAH yang hadir
 Timbalan Pengerusi JKKK Pasir Gajah
 Pn Sabariah bt Mamat bersama En Mokhtar dari KETENGAH
 Tn Hj Mohd Nor,Pn Farrah dan Tn Hj Dungun......
 SU JKKK bersama Pengerusi JKKK menikmati jamuan makan tengahari
 AJK JKKK Pasir Gajah
Kakitangan KETENGAH
Pn Farah bersama kakitangan KETENGAH

Pada 20 Disember 2011,Selasa jam 10.00 pagi,Pengerusi JKKK Pasir Gajah bersama beberapa AJK JKKK telah menyambut kedatangan Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH Tn Hj Dungun bin Mamat bersama kakitangan KETENGAH bagi membincangkan persiapan mengadakan Sambutan Penyampaian Hadiah Kampung GDW Terbaik KETENGAH  yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Kakitangan KETENGAH kemudiannya di bawa minum pagi di Kedai Makan Mazila yang menyediakan menu Nasi Lemak laut ikan aya dan kuih serta minuman teh dan teh o.Selesai menikmati jamuan sarapan pagi,satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan JKKK Pasir Gajah yang dipengerusikan oleh Tn Hj Dungun bin mamat bagi memutuskan perjalanan Sambutan yang bakal diadakan itu.

Keputusan yang dicapai ialah sambutan tersebut akan diadakan pada 27 Disember 2011,hari Selasa bermula jam 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.Lain-lain maklumat semuanya kita nantikan pada hari 27 Disember ini.

Selesai mesyuarat,semua yang hadir telah meninjau keadaan dewan orang ramai untuk persiapan akan datang.Sebelum pulang,kakitangan KETENGAH bersama JK JKKK Pasir Gajah telah bersama menikmati makan tengahari di Kedai Makan Mazila.




Tiada ulasan: