Harapan...

Isnin, Disember 19, 2011

KEDAI MAKAN MAZILA....BARU DIBUKA DI PASIR GAJAH

 Suasana ceria 
 Kedai makan MAZILA
 Pok Pa ada jika nak sembang
 Pelanggan menikmati hidangan
Nor dan Edah  bersarapan pagi semasa penulis hadir

Pada 19 Disember 2011,Isnin,Penulis mengambil kesempatan yang ada untuk menikmati sarapan pagi di Kedai Makan Mazila...kedai makan yang diuruskan oleh En.Mustafa Muda,Timbalan Pengerusi JKKK Pasir Gajah yang terletak di Bangunan JKKK Pasir Gajah.Inilah kali pertama penulis bersarapan pagi bersama anak dan isteri penulis.Selepas berbual dengan Pok Pa,penulis meng"order" 2 nasi minyak dan 1 nasi lemak serta dua cawan Milo dan satu cawan teh.

Penulis dapati ada juga pengunjung lain menikmati sarapan pagi di Kedai makan Mazila ini.Terus terang penulis katakan,masakan untuk sarapan pagi yang penulis serta isteri nikmati sungguh sedap dan menyelerakan.Boleh masuk bong kata orang.Tidak menghampakan.Harganya cukup menyenangkan....sesuai untuk makan di sebuah kampung yang makmur ini.Paling sesuai...jika menginap di Chalet Homestay Pasir Gajah....terus saja nikmati makan pagi di Kedai Makan Mazila ini.

Kepada yang belum lagi menikmati sarapan pagi di Kedai Makan Mazila...marilah rasa sekali.Ada mee goreng,kueh mueh,nasi lemak dan nasi minyak.Sambil menikmati sarapan pagi,boleh menonton televisyen,boleh baca surat khabar dan boleh merokok jika pelanggan seorang yang merokok...cuma kalau prihatin,boleh tangguhkan dulu merokok itu untuk keselesaan pelanggan lain.Cuma satu yang penulis nak cadang kat Pok Pa.....komersial kan nama jadi  RESTOREN MAZILA......baru nampak macam 4 bintang.

Tiada ulasan: