Harapan...

Ahad, Disember 25, 2011

JKKK PASIR GAJAH SERTAI MASAK SYURA PERINGKAT DAERAH

 Possing...sarapan pagi niiiii
 Adunan dan hiasan syura yang telah siap
 Pok pa....bersama hiasan syura JKKK Pasir Gajah
 Kacau syura....Pok Mat,OCS dan Nora
 Kacau lagi.......
 Bangsal Syura JKKK Pasir Gajah
 Zie,Mida,Yati dan Marini.....kerjasama
 Salim,Chah dan Nora agaknya......

Kacau jangan tak kacau....

Pada 25 Disember 2011,Ahad,penulis rasa bangga kerana JKKK Pasir Gajah telah menyertai pertandingan mengacau syura anjuran Pejabat Daerah Kemaman bagi tahun 2011 ini.Ianya diadakan di DUN Chukai iaitu di tapak pasar minggu.Seramai 12 orang peserta dari JKKK Pasir Gajah telah dihantar untuk menjayakan misi mengacau syura dan cuba juga memenangi Pertandingan kali ini yang hadiahnya RM5000.00.

Antara peserta yang mewakili JKKK Pasir Gajah ialah Timbalan Pengerusi JKKK, En.Mustafa Muda,En Ibrahim@Haron A Rahman,En.Mohd Salim,En Othman Hitam,En Rozi Yusof,En Mohd Said,Pn Habshah,Pn Nora,Pn Yati,Pn Nora,Pn Ziehan,Pn Marini.Kalau tak silap OCS Pasir Gajah pun hadir sama.Tahun ini ,tema JKKK pasir Gajah ialah BIRU.

Penulis melihat ini adalah satu usaha Kerajaan BN untuk memupuk perpaduan masyarakat serta menghayati sambutan maal hijrah yang mana ini menunjukkan bahawa kerajaan yang memimpin Terengganu begitu prihatin dan sentiasa mengangkat kebesaran ISLAM.

Penat mengacau syura...Man relax kejap yeeeee

JKKK Pasitr Gajah hanya mengacau 1 kuali sahaja tahun ini memandangkan ianya sudah cukup untuk memastikan JKKK pasir Gajah tidak ketinggalan dalam mengikuti program anjuran Pejabat Daerah Kemaman.Proses memasak syura bermula jam 8.00 pagi telah dapat disiapkan jam 12.00 tengahari.Sementara menanti waktu penyampaian hadiah pada jam 2.00 petang.{Maaf..gambar kurang clear.....}

Tiada ulasan: